Tuesday 4 April 2017

Petua petai berbuah lebat

Petai memang sedap. Ramai yang suka. Tapi ramai juga yang tak suka bau dia yang 'sangat wangi' itu.
Saya mendapat petua supaya petai berbuah lebat dari seorang kawan. Caranya ambil duit syiling kecil 1¢, 5¢ dan 10¢ dan diketuk dengan hammer ke batang pokok petai tu.. biar masuk tertanam ke dalam batangnya. Nanti petai tu akan mula berbunga dan keluar 'mentol' nya itu..
Satu lagi petua ialah taburkan 2 kilo garam kasar di bawah pokok. Oetua lain yang saya dengar guna air baja yang dihasilkan dengan menggunakan serbuk ajinomoto.. (Monosodium Glutamat (MSG).. bancuh dalam sebaldi air dan siram dibawah pokok setiap 6 bulan.. Semoga pokok petai tuan-tuan berbuah lebat selepas ini dengan izin Allah. Amin..